PRIHATIN. Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya (Sekrum) menganjurkan program sukarelawan ‘Hero for The Blind’ di pejabat Malaysian Association For The Blind (MAB), Brickfields, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya, Nur Dini Mohmad Nayan berkata, program tersebut dianjurkan bagi menyantuni golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan di samping mencipta platform untuk sukarelawan mendekati golongan tersebut melalui cara yang betul.
“Pengisian utama program ini adalah sesi perkongsian maklumat mengenai kaedah yang betul untuk membantu OKU penglihatan bergerak.
“Selain itu, kami juga didedahkan kepada teknik memimpin golongan OKU itu jika terdapat halangan di laluan, menaiki tangga dan melalui laluan sempit,” katanya.