Berita

‘Dialog Antara Peradaban’ ketengah teknologi Islam

tun abdullah dan Jeanne bergambar bersama peserta Dialog Antara Peradaban di Seville baru-baru ini.
- Diterbit 13 Mac 2020 7:58 AM MYT

TAMADUN. Kira-kira 200 peserta hadir pada Persidangan Antarabangsa ‘Dialog Antara Peradaban’ di Seville, Sepanyol baru-baru ini bagi membincangkan aspek-aspek peradaban, pencapaian sains dan teknologi, kemanusiaan dan ekonomi Islam.

Persidangan yang melibatkan mahasiswa, tokoh akademik, pemain industri, pembuat dasar dan pemimpin masyarakat itu turut disertai peserta dari beberapa negara lain seperti Maghribi, Mesir dan Jepun.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Universiti Malaya (UM) yang terpilih menyertai persidangan, Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes berkata, tiga penyelidik dari UM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terpilih dalam pemilihan Panel Penasihat Antarabangsa Hadhari Global Network (HGN) bagi mewakili Malaysia untuk membentang kertas kerja.

“Saya dipilih mewakili bidang penyelidikan sains alam sekitar, manakala Dr. Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai dan Dr. Mohd. Radzi Abu Mansor dari UKM mewakili bidang ekonomi dan kejuruteraan.

Hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas