KESETIAAN. Pemimpin Kumpulan Pengakap Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya mengadakan mesyuarat (Bilangan 1/2020) di Bilik Gerakan Utama, Sekolah Sultan Alam Shah di sini barubaru ini.
Mesyuarat yang dihadiri 54 pemimpin kumpulan itu dimulakan dengan memperbaharui persetiaan pengakap sebelum diteruskan dengan penyampaian Sijil Pendaftaran
Kumpulan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1) serta penyampaian sijil penghargaan kepada Nurul Aini Fadzilah, bekas Penolong Pesuruhjaya Daerah (PPKI SK).
Mesyuarat itu turut memberi gambaran perjalanan Latihan dan Program Pengakap Putrajaya 2020. Turut hadir Penolong-penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Putrajaya.