Berita

200 acara semarakkan membaca Program Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030

SITI AISHAH (belakang, tengah), Mohd. Zarrawi (belakang, dua dari kiri) dan Zurinah (belakanG, tiga dari kiri) bergambar bersama penerima Anugerah 5 Bintang Nilam pada Majlis Pelancaran Dekad Membaca dan Minggu Bahasa di SMk Putrajaya Presint 9(2), Putrajaya baru-baru ini.
- Diterbit 14 Februari 2020 4:53 AM MYT

PUTRAJAyA – Dalam usaha menyemarakkan program Dekad Mem baca Kebangsaan (DMK) 2020-2030, lebih 200 acara akan dianjurkan sepanjang aktiviti tersebut yang dijadual dilancarkan pada 13 Februari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Siti Aishah Sheikh Ab. Kadir berkata, DMK merupakan program bagi memupuk tabiat membaca dalam kalangan orang ramai sesuai dengan hala tuju negara untuk mencapai taraf negara maju.

“Ketika ini, jumlah buku yang dibaca secara purata oleh rakyat Malaysia pada ketika ini kira-kira 17 hingga 18 judul dalam setahun.

“Untuk itu, melalui program yang akan dilancarkan ini, ia menyasarkan untuk meningkatkan bilangan buku yang dibaca kepada kira-kira 40 buah setahun,’’ katanya ketika berucap perasmian pelancaran Dekad Membaca dan Minggu Bahasa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9(2) di sini baru-baru ini.

Turut hadir Sasterawan Negara ke13, Datuk Dr. Zurinah Hassan; Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jamaliah Yaakob dan Pegawai Perancang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohd. Amizi Ikman Amran.

Hadir sama Pengetua SMK Putrajaya Presit 9(2), Mohd. Zarrawi Ravi dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut, Mohd. Tahir Mohammad.

Siti Aishah berkata, pada tahun ini, Kuala Lumpur menjadi tumpuan apabila akan dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC2020) yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada 22 April ini.

“Kesemua program ini pastinya akan melibatkan mahasiswa dan pelajar sekolah termasuk di Putrajaya,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga pemangku Menteri Pendidikan dijadual melancarkan program Dekad Membaca Kebangsaan di Universiti kebangsaan Malaysia (UKM).

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas