Berita

Elemen warna-warni ‘Saloma Link’ jadi tumpuan

SALOM Link yang merentasi Lebuhraya Ampang Hulu klang (AkLEH) yang menghubungkan kampung Baru dengan kLCC. Foto NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 14 Februari 2020 4:47 AM MYT

KUALA LUMPUR – Saloma Link, jambatan pejalan kaki menghubungkan Kampung Baru dengan Jalan Saloma mula dibuka kepada orang ramai pada 5 Februari lalu.

Jambatan ini menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Pembinaan jambatan yang menelan kos RM31 juta itu mendapat sambutan hangat warga kota berikutan sebahagian 69 meter Saloma Link dibina merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Hulu Klang (AKLEH).

Arkitek yang terlibat dengan projek Saloma Link ini, Veritas Architect Sdn. Bhd mengambil elemen sirih junjung di dalam reka bentuknya.

Selain itu, reka bentuknya juga menghadap ke arah kiblat. Pembinaannya bermula pada 2 April 2018 dan siap pada 31 Januari lalu.

Bumbungnya kelok melengkung yang terdiri daripada 4,100 panel fasad berlian dan dilengkapi dengan lampu state-of-the-art untuk menerangi jambatan pada waktu malam dan menjadikannya unik serta menjadi tumpuan orang ramai pada waktu malam apabila bumbungnya memancarkan cahaya berwarna-warni.

Saloma Link tidak hanya menceriakan warga Kampung Baru malah menarik lebih ramai pelancong untuk merasai pengalaman ketika menyelusuri jambatan ini untuk ke Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit.

PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan gambar kenangan di dalam Saloma Link yang kelihatan seperti sisik ikan.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas