RAI. Majlis sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Perdana, Kuala Lumpur telah diadakan serentak baru-baru ini berlangsung dengan meriah.
Majlis yang diadakan di bawah Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) itu turut hadiri wakil Ahli Parlimen Seputeh, Edmund Wong; Timbalan Ketua Polis Balai Brickfields, Sub Inspektor Abd. Ghani Ishak.
Hadir sama Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut, Zaiton Mohd Isa dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Desa Perdana, Yong Kok Seng.
Pada majlis itu, Edmund yang juga bekas pelajar di sekolah itu menyampaikan berita gembira daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengenai kelulusan dana bagi perlaksanaan RIMUP serta penyelenggaraan sekolah.