Berita

83 pati ditahan dalam Operasi Tapak Binaan

- Diterbit 22 Disember 2022 8:26 AM MYT

SERAMAI 83 warga asing berjaya ditahan dalam Operasi Bersepadu Tapak Binaan di dua tapak binaan di Bandar Seri Permaisuri dan Bandar Tun Razak baru-baru ini.

Operasi yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu melibatkan 76 pegawai dan anggota dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang terdiri dari- pada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terbabit dalam operasi itu.

DBKL dalam kenyataan baru-baru ini mengeluarkan empat notis manakala PDRM melakukan pemeriksaan keselamatan.

Jabatan Imigresen menangkap 83 warga asing kerana kesalahan berkaitan bukan warga negara yang bekerja secara tidak sah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas