Berita

55 kanak-kanak diraikan pada Khatam Perdana

PESERTA Program Khatan Beramai-ramai berhimpun pada Majlis Khatam al-Quran dan Selawat Perdana di Surau Al-Firdaus Sri Penara, Sri Permaisuri baru-baru ini.
- Diterbit 19 Disember 2019 5:38 AM MYT

RAI. Seramai 55 kanak-kanak dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Penara, Sri Permaisuri dan Parlimen Bandar Tun Razak (BTR) diraikan dalam Majlis Kenduri Perdana dan Khatam Al-Quran: Program Berkhatan Beramai-ramai di Dewan Surau Al-Firdaus Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur di sini.

Pengerusi Surau Al-Firdaus Sri Penara, Nasrulddin Yusof berkata, program tersebut diadakan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah meraikan anak-anak lelaki.

“Kos berkhatan pada masa ini adalah RM180 seorang. Sempena program ini, Ahli Parlimen BTR, Datuk Kamaruddin Jaafar menyumbangkan RM10,000.

“Program bermula pada waktu Magrib, 14 Disember lalu. Kita mengadakan solat jemaah dan disusuli doa selamat, selepas Isyak pula diadakan program Khatam al-Quran dan Selawat Perdana,” katanya kepada Wilayahku.

Nasrulddin berkata, Program Khatan Beramai-ramai bermula pada 15 Disember dengan peserta terlibat disembur dengan air jentera bomba.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas