Berita

Bola Sepak Sawah perkasa sektor pelancongan

PASUKAN Veteran DBKL menunjukkan medal yang dimenangi dalam pertandingan Bola Sepak Sawah pada Pesta Bola Ngoca 2019 di Juaseh baru-baru ini.
- Diterbit 19 Disember 2019 5:37 AM MYT

UNIK. Veteran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapat tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM7,000 dalam pertandingan Bola Sepak Sawah sempena Pesta Bola Ngoca 2019 anjuran kerajaan Negeri Sembilan pada 14 dan 15 Disember lalu di Juaseh, Negeri Sembilan.

Johan pertandingan dimenangi Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan yang membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga dimenangi Baling FC yang menerima wang tunai RM5,000.

Sebanyak 128 kumpulan menyertai pertandingan Bola Sepak Sawah. Ia merupakan sukan tradisional yang berteraskan budaya dan kehidupan masyarakat desa.

Terdahulu, sempena pesta berkenaan, turut dianjurkan adalah pertandingan mengoca ikan, panjat tiang licin dan tangkap itik dalam petak sawah.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas