Berita

500,000 penerima dapat bantuan bulanan JKM 25 Mac ini – Rina

RINA
- Diterbit 19 Mac 2020 7:04 AM MYT

PUTRAJAYA – Menyedari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19 menyukarkan golongan yang memerlukan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyegerakan pemberian bantuan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, KPWKM menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memutuskan untuk mempercepatkan bantuan bulanan kepada semua penerima bagi bulan April.

“Semua yang terlibat akan menerima bantuan pada 25 Mac ini. Bantuan diberikan 15 hari lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Bantuan melibatkan 500,000 penerima dengan kos RM150 juta.

“Kementerian mengharapkan dengan inisiatif tersebut, kumpulan sasar dapat menjalani kehidupan yang sejahtera sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas