Berita

50 buah keluarga Kampung Bukit Kallam terima sumbangan

BASHIR (empat dari kiri) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima di Program Jejak Kasih di sini, pada Sabtu lalu. BASHIR (empat dari kiri) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima di Program
- Diterbit 21 November 2021 6:00 AM MYT

KIRA-KIRA 50 buah keluarga golongan b40 di sini, menerima bantuan bakul makanan sumbangan Umno Cawangan Bukit Kallam, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Kalam, Shuhaimi Kula berkata, sumbangan itu dihulurkan kepada mereka yang terkesan susulan pandemik COVID-19.

“Seramai 50 buah keluarga di Kampung Bukit Kallam akan menerima bantuan bakul makanan ini.

“Kita berharap bantuan ini mampu meringankan beban serba sedikit mereka,” katanya kepada pemberita di Program Jejak Kasih Umno Cawangan Bukit Kallam di sini, pada Sabtu lalu.

Tambah beliau, bantuan itu merupakan makanan asas meliputi beras, minyak masak, tepung, gula dan makanan tin.

Penyerahan bantuan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Negara merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Bashir Alias.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan Dzulfaizal Abd Manan. –WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas