5 VARIASI RESIPI MAKANAN BARAT UNTUK ANDA YANG NAK DIET

5 VARIASI RESIPI MAKANAN BARAT UNTUK ANDA YANG NAK DIET

BILA sebut saja makanan barat, apa yang kita selalu bayangkan adalah chicken chop dan steak saja kan? Sebenarnya banyak lagi menu makanan barat yang boleh dijadikan menu makanan harian anda. Bukan itu sahaja, menu barat ini juga sangat sesuai untuk dijadikan menu diet buat anda yang nak kurus. Sedap dan sihat pula tu.

COLESLAW AYAM

BAHAN-BAHAN

2 keping dada ayam

2 sudu makan sos BBQ

1 inci halia dicincang halus

1 cawan mayonis

1 sudu makan minyak jagung

2 sudu makan sos cili

2 sudu makan bijan

1 batang lobak merah

1 batang saderi

¼ biji kubis ungu

¼ biji kubis manis

2 pokok daun bawang

CARA PENYEDIAAN

  1. Gaulkan ayam dengan sos BBQ dan bakar di dalam kuali non-stick selama 15 minit sambil terbalikkan ayam. Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
  2. Gaulkan halia, mayonis, minyak jagung, sos cili, dan separuh bijan ke dalam mangkuk kecil.
  3. Masukkan lobak merah, semua bahan hiris, dan bahan gaul ke dalam mangkuk berisi dada ayam. Gaul perlahan-lahan.
  4. Taburkan dengan separuh bijan lagi. Hidangkan.

IKAN DORI PANGGANG

BAHAN-BAHAN

1 kg isi ikan dori

3 biji bawang putih

1 inci halia

½ sudu makan lada hitam

3 biji cili api

Garam secukup rasa

½ sudu teh serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumbuk bawang putih, halia, lada hitam, dan cili api sehingga lumat.
  2. Ikan dori dipotong dua dan sapukan garam.
  3. Gaulkan bahan tumbuk dan serbuk kunyit pada isi ikan dori.
  4. Panggang di atas kuali non-stick dengan api perlahan selama 15 minit sambil terbalikkan kedua-dua belah ikan.
  5. Hidangkan.

PENNE GORENG

BAHAN-BAHAN

500 g penne

1 labu bawang holland

300 g udang

5 biji sosej

300 g brokoli

5 biji tomato

10 biji cendawan butang

3 sudu makan sos cili

½ cawan sos tomato

1 sudu makan lada hitam

1 biji capsicum merah

1 biji capsicum hijau

3 sudu makan minyak masak

Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

  1. Rebuskan penne sehingga lembut dan tuskan. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang Holland sehingga naik bau dan layu.
  3. Masukkan udang dan sosej. Kemudian goreng sehingga masak.
  4. Masukkan penne, brokoli, tomato, cendawan butang, sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam, dan garam. Kacau rata.
  5. Tutupkan api dan masukkan capsicum merah dan capsicum Kemudian kacau rata sekali lagi.

NASI PAELLA

 BAHAN A (NASI)

1 kg beras basmati

1 potong ikan tenggiri

200 g udang

200 g sotong

200 g isi ayam

200 g isi kupang

1 liter stok ayam

1 biji capsicum hijau

1 biji capsicum merah

½ cawan kacang pis

2 biji tomato

1 pokok daun sup

½ sudu teh serbuk kunyit

3 sudu makan marjerin

2 sudu makan minyak masak

Garam secukup rasa

BAHAN B (TUMISAN)

1 labu bawang besar

1 ulas bawang putih

2 inci halia

CARA PENYEDIAAN

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Toskan.
  2. Panaskan minyak masak dan marjerin.
  3. Gorengkan udang dan sotong. Angkat dan ketepikan.
  4. Tumiskan bahan B sehingga layu.
  5. Masukkan ikan tenggiri, isi ayam, dan isi kupang. Kacau rata.
  6. Masukkan stok ayam, serbuk kunyit dan garam. Biarkan mendidih.
  7. Masukkan beras, capsicum hijau, capsicum merah, kacang pis, dan tomato. Biarkan mendidih sekali lagi.
  8. Apabila sudah kering masukkan daun sup, udang, dan sotong yang sudah digoreng tadi.
  9. Sedia dihidangkan.

STIK IKAN

BAHAN-BAHAN

2 keping ikan tenggiri

1 sudu makan lada hitam

1 sudu makan sos tiram

1 sudu teh serbuk kunyit

100 g brokoli

1 batang lobak merah

1 biji tomato

1 cawan sos lada hitam

CARA PENYEDIAAN

  1. Bersihkan ikan dan tuskan sehingga kering.
  2. Perapkan ikan dengan semua bahan kecuali brokoli, lobak merah, dan tomato selama 30 minit.
  3. Bakar ikan di atas pemanggang sehingga nampak garing.
  4. Celur brokoli dan lobak merah di dalam air mendidih sehingga lembut.
  5. Hidangkan bersama sayur sayuran dan sos lada hitam.

 

CATEGORIES