Berita

5 acara yang dinantikan jurugambar dan ‘insta famous’ di Putrajaya

|||
- Diterbit 28 Januari 2020 2:01 AM MYT

SETIAP tahun, lima acara besar yang dianjurkan di Putrajaya menjadi antara acara yang dinantikan oleh jurugambar sama ada jurugambar profesional, amatur dan juga ‘insta famou’ .

Untuk tahun 2020 ini, lima acara tersebut masih diteruskan dan bagi jurugambar yang inginkan merakamkan  gambar yang ‘Wow’ jangan lupa masukan lima acara ini ke dalam kalendar anda.

1. Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta
Dengan reka bentuk belon panas yang unik serta bewarna warni yang didatangkan dari serata dunia pada 19 hingga 22 Mac nanti, ianya pasti akan memberi gambar permandangan yang cantik disekitar Putrajaya.

2. Royal Floria Putrajaya
Ribuan kuntum bunga yang berwarna warni pada Pesta Floria Diraja pada 15 hingga 23 Ogos nanti, gambar-gambar yang dirakam pastinya akan berwarna warni dengan warna bunga yang akan memberikan kesan unik pada gambar anda.

3. Sambutan Hari Kemerdekaan
Tanggal 31 Ogos setiap tahun, sambutan hari Kemerdekaan ini akan memaparkan pelbagai aksi, gaya dan gelagat peserta yang berbaris serta orang ramai yang hadir. Bagi jurugambar profesional, gambar-gambar Hari kemerdekaan ini pastinya dinantikan.

4. Putrajaya Bird Race
Dengan adanya 200 spesis burung dan 59 spesis burung hijrah, ianya ibarat lubuk kepada peminat fotografi burung dan pada 13 hingga 15 November adalah waktunya dimana peminat fotografi burung dapat merakam gambar spesis burung hijrah di sekitar Taman Tasik Wetland Putrajaya.

5. Light And Motion Putrajaya (LAMPU)
Penutup tahun 2020, anda akan disajikan dengan ribuan lampu yang pelbagai warna dan betuk pada 30 Disember nanti dimana bagi ‘insta famou’ yang mahukan gambar yang unik, LAMPU adalah waktunya untuk anda merakam gambar yang cantik.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas