Biz

40 days kuasa mudah bilas, tinggalkan bau harum

- Diterbit 7 November 2019 7:16 AM MYT

AFY Haniff menjanjikan pengguna dengan kesegaran yang menceriakan kehidupan seisi keluarga. Slogan ini sentiasa dijadikan matlamat untuk produk-produk keluaran AFY Haniff.

40 days adalah jenama sabun pencuci pinggan keluaran Bumiputera Islam yang mempunyai sijil halal dari Jakim yang diperbuat daripada bahan berinspirasi tumbuh-tumbuhan semulajadi seperti serai wangi dan pandan, lemon dan limau nipis.

Pinggan mangkuk anda pasti berbau harum selepas habis mencuci. Persekitaran sinki juga bertambah wangi. Jenama 40 days terhasil selepas 40 hari masa diambil untuk mendapatkan idea dan formula terbaik dalam menghasilkan cecair pencuci pinggan.

40 days mampu menjadi ejen pencuci yang handal bagi menanggalkan minyak dan kotoran serta menghilangkan bau pada pinggan mangkuk dan bekas makanan. Sekiranya membasuh, anda dapat merasakan ia mudah dibilas dan dapat menjimatkan penggunaan air.

40 days dikeluarkan dalam bentuk plastik bersaiz 900 mililiter (ml), 600 ml dengan dua jenis keluaran iaitu warna hijau adalah pandan dan limau nipis manakala warna merah adalah serai wangi dan lemon.

Lebih istimewa, 40 days dikeluarkan khas dengan penggunakan pam tangan yang sesuai untuk penjimatan penggunaan seharian. Dengan mengepam sedikit saja cecair ini dapat mencuci kira-kira 1,000 keping pinggan untuk botol bersaiz 9000ml dan 500 keping pinggan bagi botol bersaiz 500ml.

Harganya juga berpatutan iaitu dari RM3 hingga RM15 sebotol.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas