Berita

4 TIP MUDAH BANGUN SAHUR, NOMBOR 2 JANGAN LUPA

ZIKIR dan munajat akan diperdengar dari corong pembesar suara seluruh masjid di Wilayah Persekutuan bagi memohon wabak Covid-19 dapat dibendung. - Gambar hiasan
- Diterbit 22 April 2020 4:10 PM MYT

PEJAM celik, lusa kita akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Pasti ramai yang akan mengalami masalah sukar bangun awal pagi sedangkan bersahur itu adalah sunat yang sangat dituntut.

Agar anda tidak terlajak sehingga masuk waktu Imsak, apa kata amalkan tips menarik di bawah ini.

1. TIDUR LEBIH AWAL

Tidurlah lebih awal pada sebelah malam. Jika badan kita cukup istirehat maka lebih mudah untuk kita bangun bersahur dalam keadaan segar.

2.  JANGAN LUPA NIAT YA!

Kalau boleh baca niat untuk sebulan terus. Bukan apa, bimbang kita terlupa. Niatkan juga dalam hati dan mohon kepada Allah agar kita mudah untuk bangun bersahur.

3. KUNCI JAM LOCENG

Sebelum tidur, pastikan kunci siap-siap jam loceng sekurang-kurangnya dengan adanya deringan yang kuat ia boleh mengejutkan kita dari tidur yang lena.

4. JAGA MAKAN

Elakkan memakan makanan yang berat sebelum masuk tidur kerana ia akan mempengaruhi tubuh dan membuatkan kita berasa malas untuk bangun.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas