Berita

4 LANGKAH MUDAH BERSEDEKAH MELALUI I-HYA RAMADHAN YWP

||||
- Diterbit 24 April 2020 2:56 PM MYT

RAMADAN tahun ini mungkin agak suram bagi keseluruhan umat Islam kerana kebanyakannya tidak berpeluang menyambut hari pertama puasa bersama keluarga di kampung.

Ramai juga yang bimbang sekiranya tradisi bersedekah tidak dapat diteruskan termasuk memberikan juadah berbuka puasa.

Susulan itu, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) tampil dengan inisiatif baharu iaitu i- HYA RAMADHAN bagi membolehkan orang ramai khususnya warga kota membuat sumbangan.

Bermula 22 April ini, syarikat korporat atau individu boleh memberikan sumbangan melalui YWP dan menentukan golongan sasar untuk menerima tajaan juadah berbuka puasa.

4 langkah mudah membantu anda menginfak di bulan Ramadan atau layari https://www.yayasanwp.org/i-hyramadhanhttps://www.yayasanwp.org/i-hyramadhan

1) SCAN KOD QR

Penyumbang boleh scan kod QR untuk terus ke laman sesawang Yayasan Wilayah Persekutuan.

Bagi yang belum mendaftar, anda boleh mendaftar sebagai pengguna baru

2) PILIH KATEGORI SUMBANGAN

Terdapat tiga kategori iaitu
1. sumbangan wang
a. minimum RM2

2. sumbangan pakej makanan
a. minimum sumbangan RM200 kepada senarai penerima yang telah ditetapkan

3. sumbangan yang mana penerima ditentukan oleh penyumbang
a. minimum sumbangan untuk 20 penerima atau RM200
b. penyumbang perlu memasukkan maklumat terperinci penyumbang dan penerima.
c. pihak YWP akan membuat penilaian serta menghubungi kedua-dua pihak bagi memudahkan urusan seterusnya.
d. Borang penerima juga boleh dimuat turun dan diisi terlebih dahulu sebelum dimuat naik semula.

3) KAEDAH PEMBAYARAN

Penyumbang boleh memilih kaedah pembayaran sama ada menerusi perbankan atas talian (online banking) atau kad debit/ kad kredit.

4) PELEPASAN CUKAI

Resit sumbangan pelepasan cukai Seksyen 44(6) boleh dicetak melalui sistem i-HYA RAMADHAN

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas