Berita

30 anak yatim dari utara dirai YWP ketika sesi lawatan ke Kuala Lumpur

ANAK-ANAK yatim bergambar sejurus memilih permainan kesukaan masing-masing di RumahPrihatin@Grand Seasons baru-baru ini.
- Diterbit 28 Ogos 2022 12:00 PM MYT

RAI. Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) meraikan kunjungan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang (RAYAS), Kedah ke RumahPrihatin@GrandSeasons baru-baru ini.

Kedatangan mereka disambut mesra oleh kakitangan dan sukarelawan YWP bagi pihak Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga merangkap Pengerusi YWP.

Dalam kunjungan tersebut, kira-kira 30 orang anak yatim diraikan dengan majlis makan selain diberi wang poket.

Tidak ketinggalan juga mereka turut diberi peluang untuk memilih permainan kesukaan dari ToyBank Prihatin.

Di akhir majlis, anak-anak yatim dan guru pengiring turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada YWP kerana memberi layanan terbaik dan berharap akan berpeluang kembali lagi pada masa hadapan. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas