Berita

3 HIDANGAN BARAT DI PUTRAJAYA WAJIB CUBA

T-BONE Steak dihidangkan bersama kentang putar berkrim.
- Diterbit 27 Januari 2020 4:51 AM MYT

BUNTU mencari lokasi sajian barat lazat di sekitar Putrajaya? Ha..usah risau di bawah ni terdapat tiga buah restoran yang bukan sahaja menyediakan hidangan persis hotel lima bintang bahkan harganya pun boleh tahan murah. Jom kita cuba!

1. TOK WAN GRILL, PUTRAJAYA

Daging panggang yang dihidangkan bersama sos yang terhasil daripada cuka epal dan campuran gula perang ini memang terbaik! Kehebatan rasa hirisan daging yang ‘juicy’ ketika dikunyah tidak mampu digambarkan.

HIDANGAN daging panggang di restoran Tok Wan Grill membuka selera sesiapa sahaja.

2. KAFE TAMAN KU, PUTRAJAYA

Seni bina bangunan Inggeris bukan sahaja memukau pandangan mata bahkan anda juga pasti terkejut dengan harga serendah RM4.50 sahaja! Berbaloi kan? Hidangan pancake dan fish and chips di sini sangat disyorkan.

3. HUTAN CAFE, CYBERJAYA

Terletak berhampiran Putrajaya, kunjungan anda ke sini bukan sahaja disajikan dengan hidangan pasta, beef aglio olio dan sebagainya bahkan anda pasti tidak mahu berganjak kerana suasana damai jauh dari kesibukan kota.

KEHEBATAN beef aglio olio tidak menghampakan.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas