Berita

227 kes positif Covid-19 di tiga Depot Imigresen

OPERASI Imigresen menahan pendatang asing tanpa izin kini terbukti betul apabila tindakan itu dapat mengawal jangkitan Covid-19 melibatkan golongan berkenaan. Gambar hiasan
- Diterbit 25 Mei 2020 10:28 AM MYT

PUTRAJAYA – Penularan wabak Covid-19 membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI) di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI) terus meningkat dengan 227 kes positif direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga Depot berkenaan ialah DTI Bukit Jalil, DTI Semenyih dan DTI Sepang.

Katanya, daripada jumlah itu, 53 kes membabitkan warga Bangladesh, India
(41), Indonesia (38), Myanmar (37), Pakistan (28) dan China (17).

“Selain itu, empat kes membabitkan warga Kemboja, Nepal (tiga), Sri Lanka
(dua) dan masing-masing satu kes warga Filipina, Libya, Mesir serta Syria,” katanya dalam sidang akhbar harian di
sini hari ini.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti
pencegahan dan kawalan sudah dijalankan termasuk langkah nyahcemar.

“Selain itu, pendidikan kesihatan
seperti penjagaan kebersihan diri serta kerap mencuci tangan menggunakan air
dan sabun serta penekanan mengenai penjarakan sosial,” katanya.

Katanya, bagi memastikan kes
jangkitan Covid-19 dapat dikesan
sepenuhnya, Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah akan
meneruskan pendekatan tertumpu
misalnya siasatan, pengesanan kontak rapat dan penilaian risiko oleh pihak yang berkaitan.

“Saringan gejala dan persampelan untuk mengesan kes secara aktif dan kes
positif akan diisolasi dan dirawat di hospital manakala kontak rapat akan diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta 342,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas