
KAKI pancing tidak melepaskan peluang untuk menyertai Pertandingan Memancing Putrajaya 2020 hari ini.
2,000 kaki pancing ceria di Tasik Putrajaya
SERAMAI 2,000 kaki pancing memenuhi pesisir tasik di Presint 2, 3, dan 4 Putrajaya pada Pertandingan Memancing Putrajaya 2020, sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020.
Kaki pancing tidak melepaskan peluang mengambil bahagian pada pertandingan yang diadakan memandangkan hari ini, Tasik Putrajaya dibenarkan memancing dan ia hanya dibuka sekali dalam setahun khusus untuk sukan tersebut.
Pelbagai aksi dan ragam dapat dilihat sepanjang lima jam pertandingan diadakan dan pelbagai peringkat usia serta tidak mengenal jantina dalam kalangan kaki pancing dapat dilihat. – WILAYAHKU
- JURI memeriksa ikan yang dipancing peserta.
- ANTARA gelagat peserta yang berjaya dirakam semasa menantikan umpan dimakan ikan.
- TERDAPAT peserta yang membawa bersama ahli keluarga.
- GOLONGAN Kelainan Upaya (OKU) juga tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan.
- SEORANG peserta bersama ikan yang berjaya dipancingnya.
CATEGORIES LENSA
TAGS Kaki pancing