Berita

200 warga pendidik jalani ujian pengesahan COVID-19

|DR ISMUNI memantau Pusat Kokurikulum yang dijadikan lokasi saringan COVID-19.
- Diterbit 8 Oktober 2020 9:32 AM MYT

SERAMAI 200 orang warga pendidik yang melibatkan Pengetua, Guru Besar, guru , Pegawai pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang sedang menjalani kuarantin telah menjalani ujian pengesahan COVID-19, hari ini.

Saringan tersebut merupakan usahasama diantara Jabatan Kesihatan Labuan dan Jabatan Pendidikan Labuan bagi memastikan warga pendidik di Labuan ini bebas daripada pendemik COVID-19.

Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, saringan ujian pengesahan ini penting kerana kebarangkalian keputusan ujian sebelum ini menjadi positif meskipun keputusan ujian yang pertama adalah negatif.

“Proses pengeraman COVID-19 itu mengambil masa lebih 14 hari, maka ujian pengesahan COVID-19 ini amat penting bagi memastikan keselamatan di sekolah dan keyakinan kepada warga pendidik untuk datang ke sekolah.

DR ISMUNI memantau Pusat Kokurikulum yang dijadikan lokasi saringan COVID-19.

“Kami akan memastikan mereka ( warga pendidik) di Labuan bebas daripada COVID-19 dalam masa 14 hari,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Ujian Pengesahan COVID-19 di Pusat Kokurikulum Negeri hari ini.

Mengulas lanjut, Ismuni berkata pihaknya dan beberapa agensi lain iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan dan PDRM akan melaksanakan beberapa strategi bagi usaha mengekang penularan wabak COVID-19 agar terkawal daripada berterusan merebak.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Khaziyati Osman berkata, setakat hari ini bilangan kehadiran pelajar rendah iaitu kira-kira 46 peratus manakala bagi kehadiran guru hanya 50 peratus disebabkan ramai lagi guru yang sedang menjalani kuarantin selama 14.

“Proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi berjalan seperti biasa dan pihak sekolah akan menyediakan latihan-latihan kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah menerusi atas talian kerana kegusaran ibu bapa terhadap peningkatan kes COVID-19 di Labuan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas