Biz

14 syarikat dianugerahkan HQC Brand Awards 2022

PENGERUSI Biro Korporat DPIM, Dato' Seri Muhamad Khanafi Husin (4 dari kiri) mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Hilmi Yahaya (3 dari kiri) dan Pengerusi Panel Jawatankuasa Penganjur HQC Global Brand Awards 2022, Dato' Khairul Shahril hamzah (2 dari kiri) bersama penerima Anugerah HQC Global Brands Awards 2022 pada majlis yang berlangsung di KLCC sempena Pameran Runcit Dan Francais Antarabangsa Malaysia baru-baru ini.
- Diterbit 23 Julai 2022 4:49 AM MYT

SEBANYAK 14 buah syarikat dinobatkan sebagai penerima Anugerah HQC Global Brand Awards 2022/2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini baru-baru ini.

Anugerah diadakan sempena Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (MIRF – Malaysia International Retail and Franchise Exhibition 2022) yang terbesar di negara ini dan menampilkan 400 pempamer tempatan serta luar negara dengan jualan berfokus industri peruncitan dan francais bermula dari 14 hingga 16 Julai 2022.

Pengerusi Panel Jawatankuasa Penganjur HQC Global Brand Awards (HGBA) Datuk Khairul Shahril Hamzah berkata, pengiktirafan tersebut bertujuan membantu meningkatkan kredibiliti syarikat dan jenama terus berkembang selepas hampir dua tahun berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Sejak tiga bulan lalu negara sudah memasuki fasa peralihan endemik dan peluang menyertai pameran ini sebaiknya digunakan oleh para usahawan untuk terus mengembangkan perniagan masing-masing ke peringkat global.

“Pengiktirafan yang disampaikan pada hari ini sebagai tanda memperkasa dan menyokong pembangunan syarikat khususnya yang terlibat di dalam industri peruncitan dan francais dengan menjadikan pameran MIRF 2022 sebagai satu platform untuk terus berdaya maju kerana mereka telah mempunyai rekod prestasi yang cemerlang.

“Sokongan penyertaan 10 buah negara luar termasuk Korea Selatan, Singapura, Taiwan, India, Pakistan, Jepun, Cyprus dan Filipina adalah bukti sempadan perdagangan kini sudah terbuka. Pameran MIRF 2022 mensasarkan transaksi jualan sebanyak RM90 juta yang melibatkan kehadiran pengunjung seramai 15,000 orang,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis.

PENGERUSI Biro Korporat DPIM, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin (4 dari kiri) mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya (3 dari kiri) dan Pengerusi Panel Jawatankuasa Penganjur HQC Global Brand Awards 2022, Datuk Khairul Shahril hamzah (2 dari kiri) bersama penerima Anugerah HQC Global Brands Awards 2022 pada majlis yang berlangsung di KLCC sempena Pameran Runcit Dan Francais Antarabangsa Malaysia baru-baru ini.

Pengerusi Biro Korporat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin telah menyampaikan ucaptama dan menyampaikan anugerah kepada para penerima anugerah.

Turut serta menyampaikan anugerah tersebut ialah Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya mantan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Khairul menambah, HQC Global Brand Awards merupakan anugerah khas untuk menghargai pencapaian syarikat-syarikat pelanggan HQC Commerce Sdn Bhd (HQC).

“HQC merupakan rakan strategik kepada akademi halal antarabangsa Malaysia yang bernaung di bawah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Lebih 1000 buah syarikat telah dibantu dalam perkhidmatan rundingan dan latihan pembangunan berkaitan pensijilan halal.

“Selain itu HQC turut memberikan khidmat runding cara berkaitan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Good Manufacturing Practise (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).

“Sebanyak lapan jenis anugerah pengiktirafan telah disampaikan kepada syarikat antaranya Halal Excellence Brand, Halal Emerging Brand, Halal Quality Health Brands, Halal Honesty and Trusted Enterprises.

“Antara kriteria utama bagi penerima pencalonan anugerah ini merupakan pemegang sijil halal yang sah dan diiktiraf oleh JAKIM, mempunyai rekod perniagaan yang baik tanpa sebarang isu berkaitan halal dan mempunyai tadbir urus perniagaan yang baik.

Antara penerima anugerah ialah HL Restaurant and Café, JV Food Culture (Haruka Bakery), Mama Global International Sdn Bhd dan Madam Grace Kitchen.

“Pada pameran kali ini, buat julung kalinya HQC turut menyediakan HQC Halfex Pavillion untuk memberi peluang penerima anugerah mempamer produk jualan masing-masing. HQC Halflex Pavilion ini merupakan pengenalan kepada penganjuran Halal Food Exhibition (HALFEX) yang akan diadakan pada tahun hadapan,” ujarnya.

PELAKON dan juga ushawan Zarina Zainuddin salah seorang penerima Anugerah HQC Brand Awards 2922 menerusi syarikatnya Addura Marketing Sdn Bhd yang di sampaikan oleh Biro Korporat DPIM, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin (2 dari kanan) sempena Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di KLCC baru-baru ini.

Beliau turut memaklumkan HQC bekerjasama dengan Alliance Islamic Bank yang membolehkan para penerima anugerah menyertai program #sapotlokal yang menyediakan hebahan secara percuma produk dan perkhidmatan kepada dua juta pelanggan bank terbabit.

Pada majlis yang sama turut berlangsung dua majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara Dewan Perdagangan Islam Malaysia dan World Integrated Supply Ecosystem Sdn Bhd khusus untuk usahawan menerokai pasaran eksport dan import produk-produk halal.

Manakala persefahaman yang kedua dimeterai antara HQC dengan e-commerce YOLO yang merupakan platforrm jualan dalam talian. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas