Utama

10 FAKTA TABUNG PUSINGAN RM3.9JUTA BANTU BUMIPUTRA BAYAR DEPOSIT RUMAH OLEH DBKL

- Diterbit 17 Januari 2020 5:48 PM MYT

1. Dana ini khas untuk Bumiputra golongan B40 dan M40.

2. Dana bertujuan membayar deposit pembelian rumah mampu milik yang pertama.

3. Dana adalah hasil kutipan denda sebanyak 5%. ke atas pemaju yang menjual lot bumiputra kepada bukan bumiputra tanpa kebenaran DBKL.

4. Tiada had umur.

5. Pembeli perlu mendapatkan surat tawaran dari bank dan bukan terus datang ke DBKL meminta duit deposit.

6. Tempoh bayaran balik adalah kira-kira 10 tahun tanpa dikenakan faedah.

7. Permohonan dibuat di Jabatan Perumahan DBKL.

8. Inisiatif ini bertujuan menggerakkan ekonomi dan mengatasi lambakan rumah yang tidak terjual di Kuala Lumpur.

9. Dana ini dianggarkan dapat membantu sekurang-kurangnya 130 orang untuk membayar wang pendahuluan rumah mampu milik berharga bawah RM300 ribu.

10. Keseluruhan dana berjumlah RM3.9Juta.

Sumber:

https://wilayahku.mentera.my/dbkl-tubuh-tabung-pusingan-dana-perumahan-untuk-bumiputera-rm3-9-juta/

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas