KUMPULAN Zeus Athena ‘A’ muncul sebagai juara dalam pertandingan Aerodance Labuan Sihat yang dianjurkan Jabatan Penyiaran Labuan menerusi penganjuran Sinergi LABUANfm.
Pertandingan itu diadakan bagi menjayakan lagi penganjuran Hari Sukan Negara 2023 peringkat Labuan, hari ini.
Pada pertandingan itu disertai sebanyak 10 kumpulan yang membabitkan kumpulan senamrobik dari Labuan.
Dalam pertandingan itu menyaksikan Kumpulan Zeus Athena ‘A’ muncul juara sekaligus menerima wang tunai RM900 dan hadiah iringan.
Manakala, tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Kumpukan Zeus Athena ‘B’ dan kumpulan Triplee A juga turut menerima wang tunai RM600 dan RM450 beserta hadiah iringan.
Pertandingan tersebut berlangsung di pentas utama sambutan Hari Sukan Negara 2023 peringkat Labuan.
Majlis penyampaian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan Mohammad Syahffie Japril.
Selain memupuk kempen gaya hidup sihat, LABUANfm turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan segmen dan rancangan stesen radio tempatan. WILAYAHKU.