Berita

Zaliha ziarah jenazah ibu mertua Presiden PPj

- Diterbit 10 Jun 2025 11:00 AM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menzahirkan rasa dukacita atas pemergian ibu mertua kepada Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), YBhg. Datuk TPr Fadlun Mak Ujud.

Beliau turut berkesempatan menziarahi jenazah Allahyarhamah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Sesungguhnya kehilangan insan tersayang merupakan satu ujian yang amat berat. Saya mendoakan agar Dato’ Fadlun sekeluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menempuh detik yang penuh kesedihan ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Jenazah Allahyarhamah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas