MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa mengucapkan selamat menyambut perayaan Pongal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia.
Menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau berkata, masyarakat India khususnya Tamil meraikan perayaan Pongal bagi menandakan sambutan musim menuai serta sebagai tanda kesyukuran terhadap rezeki yang melimpah ruah.
“Hari besar penganut Hindu ini turut menjadi simbol dan pemangkin bagi mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baru.
“Semoga perayaan ini memberikan kesejahteraan, keceriaan, dan kesihatan yang lebih sempurna untuk semua,” katanya hari ini. – WILAYAHKU