Berita

Zaliha alu-alukan pelabur sektor makanan ke KL

- Diterbit 24 September 2024 11:17 AM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menyempurnakan pembukaan Gawala Food Mall.

Beliau berkata Gawala Food Mall merupakan sebuah gedung makanan hidangan Melayu, Pakistan dan Arab yang baru sahaja dibuka di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur.

Menurutnya, majlis pembukaan itu turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, TYT Syed Ahsan Raza Shah.

“Ia mencerminkan kekayaan budaya Malaysia yang menjadi tarikan unik kepada para pelancong dan pelabur.

“Makanan adalah satu medium pengukuhan diplomasi budaya antara negara.

“Malaysia, khususnya Kuala Lumpur, terkenal dengan kekayaan dan kepelbagaian makanan, terus menarik minat para pelabur dari seluruh dunia, termasuk dari Pakistan,” katanya di Facebook.

Zaliha turut mengalu-alukan lebih ramai pelabur dalam sektor makanan datang ke Kuala Lumpur. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas