Berita

ZAHIRAH MACWILSON Hamil Enam Bulan, AIMAN Teruja

|AIMAN teruja Zahirah hamil enam bulan
- Diterbit 2 September 2020 3:22 AM MYT

KHABAR gembira buat semua peminat apabila pelakon Zahirah Macwilson disahkan hamil enam bulan.

Zahirah berkongsi berita gembira itu di Instagram dengan berkongsi foto imbasan kehamilan, semalam. 

“Sudah enam bulan permata cinta kami. Mak dan Ayah tak sabar untuk bertemu kamu,” tulisnya.

AIMAN teruja Zahirah hamil enam bulan

Manakala suami Zahirah yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza turut meluahkan rasa gembira apabila berkongsi gambar yang sama di instagram. 

“Sangat teruja untuk bertemu cahaya mata ini yang juga sebahagian daripada saya dan cinta hati saya iaitu Zahirah,” tulisnya.

Ramai artis turut meninggalkan komen ucapan tahniah antaranya Aeril Zafrel, Ruhainies, Haiza, Nelydia Senrose, Mira Filzah, Eyra Hazali, Lisa Surihani, Hanna Delisha, Nora Danish dan ramai lagi. 

Aiman dan Zahirah pernah digandingkan bersama dalam drama bersiri Curi-Curi Cinta dan Demi Cinta Ain.

Pasangan bahagia ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas