Berita

YWP, MAIWP jalin kerjasama bantu bangun modal insan cemerlang

PERTEMUAN di antara YWP dan MAIWP diadakan di Bangunan PERKIM MAIWP.
- Diterbit 28 Jun 2023 7:40 AM MYT

ANAK syarikat Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), YWP Media Sdn Bhd berkesempatan mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengenai kerjasama mereka pada masa akan datang.

Pertemuan yang diadakan di Bangunan PERKIM MAIWP itu adalah bagi membincangkan mengenai kerjasama mereka dalam bidang media dan komunikasi strategik bersempena Sambutan Jubli Emas MAIWP pada tahun 2024.

Pelbagai platform dan kaedah telah dibincangkan oleh kedua-dua pihak bagi menjayakan agenda MAIWP ini.

Dalam masa sama, melalui perbincangan tersebut, pihak YWP berharap kerjasama yang terjalin di antara mereka mampu membangunkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja di Wilayah Persekutuan malah di seluruh negara.

Terdahulu, sesi perbincangan tersebut diketuai oleh Ketua Unit Perhubungan Korporat MAIWP, Sutera Manis Zam Zam, manakala delegasi YWP Media Sdn Bhd diketuai oleh Pengurus Besar Media dan Komunikasi Strategik YWP, Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas