Selebriti

Watie kini tunang Shuib, nikah 23 Jun ini

- Diterbit 6 Mei 2023 1:24 PM MYT

PELAWAK juga penyampai radio popular, Shuib selamat mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan, Watie Hanifiah hari ini.

Memetik laporan Gempak, majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman keluarga Watie di Shah Alam, hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis tersebut, pihak Watie menerima tiga dulang hantaran daripada Shuib berupa manisan dan sirih junjung berbalas lima dulang iaitu sirih junjung, buah-buahan, samping, kasut dan manisan.

Sebelum ini, Shuib memaklumkan hubungannya bersama Watie bakal diijabkabulkan pada 23 Jun depan.

Menerusi perkahwinan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

Pada 8 Ogos 2021, satu berita mengejutkan industri hiburan apabila Siti Sarah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Sumber: Gempak
Foto: Gempak

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas