Lensa

Warga Kuala Lumpur ambil langkah berjaga elak Covid-19

KEADAAN di hadapan pusat membeli belah Sogo yang lengang.
- Diterbit 15 Mac 2020 8:28 AM MYT

WALAUPUN cuti persekolahan telah bermula semalam, Kuala Lumpur masih sunyi sepi berikutan warganya mengambil langkah berjaga-jaga akibat penularan wabak Covid-19.

Tinjauan Wilayahku di beberapa tempat tumpuan sekitar ibu negara mendapati, beberapa kawasan kelihatan lengang berbanding waktu cuti sekolah sebelum ini.

Orang ramai yang keluar juga dilihat memakai topeng mulut dan hidung bagi mencegah serta mengelakkan penyebaran virus.

Ini menunjukkan rakyat Malaysia menyahut kempen Kementrian Kesiahatan supaya mengurangkan aktiviti luar dan mengunjungi kawasan orang ramai bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19 yang memasuki gelombang kedua di negara ini. – WILAYAHKU

KAWASAN River Of Life juga lengang tanpa orang ramai dan pelancong.
KAWASAN River Of Life juga lengang tanpa orang ramai dan pelancong.
DATARAN Merdeka kelihatan kosong dan tiada pelancong asing yang mengunjunginya.
DATARAN Merdeka kelihatan kosong dan tiada pelancong asing yang mengunjunginya.

BUKIT BINTANG yang terkenal dengan kemeriahannya juga sunyi.

BUKIT BINTANG yang terkenal dengan kemeriahannya juga sunyi.

KAWASAN mural di Jalan Alor, Bukit Bintang yang sering menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong kelihatan lengang.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas