Berita

Warga emas korban terbaharu COVID-19 Singapura

MENURUT data Kementerian Kesihatan, kematian terbaharu itu melibatkan seorang wanita warga tempatan berusia 95 tahun.
- Diterbit 31 Mei 2021 3:51 AM MYT

SINGAPURA melaporkan kematian COVID-19 ke-33 pada Ahad.

Menurut data Kementerian Kesihatan malam tadi, kematian terbaharu itu melibatkan seorang wanita warga tempatan berusia 95 tahun.

Wanita itu disahkan dijangkiti COVID-19 pada 17 Mei, ketika sedang dirawat di Hospital Awam Changi bagi penyakit yang tidak berkaitan dengan virus itu.

“Beliau belum diberi vaksin COVID-19, dan memiliki sejarah kanser, darah tinggi dan hipotiroidisme,” katanya.

Kematian terakhir sebelum ini dilaporkan pada 20 Mei.

Sehingga tengah hari Ahad, jumlah keseluruhan kes di republik itu adalah 62,028.

Setakat ini, terdapat 39 kluster terbuka COVID-19 di negara ini. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas