MULAI 1 Januari 2025, warga asing tidak lagi menikmati tambang percuma apabila menggunakan perkhidmatan bas GO-KL seperti sebelum ini. Sebaliknya mereka akan dikenakan bayaran RM1 bagi setiap perjalanan.
Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)‚ peraturan ini dibuat berikutan pelaksanaan bayaran tambang bagi empat laluan iaitu Hijau (01)‚ Ungu (02), Merah (03) dan Merah (04) yang bermula
pada 2024. Kini ia diperluas bagi laluan Oren (05)‚ Merah Jambu (06) dan Merah Hati (08).
Pembayaran adalah secara bukan tunai‚ boleh menggunakan kad Touch ‘ n Go (TnG), kod QRS‚ kad kredit atau kad debit.
Bagi kawan-kawan Kedai Kopi‚ bayaran yang dikenakan terhadap warga asing sangat munasabah namun ia tidak harus dilihat sebagai unsur pilih kasih.
Kawan-kawan Kedai Kopi percaya di negara lain pun peraturan seperti ini diguna pakai. Warga negara tentu ada keistimewaan dalam perkara tertentu.
Lagipun untuk khidmat bas lain‚ warga negara juga perlu membayar.
Caj dikenakan sangat minimum dan mampu diserap. Ini juga cara memastikan mereka berkongsi membayar untuk perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha melicinkan khidmat pengangkutan awam di ibu negara.
Khidmat GO-KL memberi manfaat besar kepada warga kota dalam urusan pengangkutan harian.
[Iklan]