MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menegaskan wanita merupakan antara tonggak utama dalam pembangunan dan kemajuan negara.
Beliau berkata selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, peranan dan sumbangan wanita seharusnya diakui dan dihargai oleh setiap lapisan masyarakat.
“Dari seorang ibu hingga ke pemimpin di persada global, wanita merupakan antara tonggak utama dalam pembangunan dan kemajuan negara.
“Bersama-sama kita memartabatkan wanita yang merupakan tulang belakang dan pemangkin kepada kecemerlangan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, sempena Hari Wanita Sedunia, Zaliha turut berkesempatan mengekspresikan hari wanita kepada semua wanita di negara.
“Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada seluruh wanita di Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan,” ujarnya. – WILAYAHKU.