DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif telah menerima kunjungan dari delegasi UNICEF di pejabatnya semalam.
Kunjungan itu diketuai wakil UNICEF Malaysia dan Brunei, Robert Gass.
Pertemuan itu menjadi platform bagi membincangkan beberapa agenda utama, termasuk cadangan Program Belanjawan 2025 Cash Plus bagi membantu kanak-kanak di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur.
Selain itu, perbincangan turut menekankan inisiatif bandar mesra kanak-kanak bagi memastikan kesejahteraan golongan muda dalam persekitaran bandar yang lebih selamat dan mesa kanak-kanak.
Isu perubahan iklim turut dibincangkan yang merupakan salah satu elemen penting dalam pembangunan bandar yang lestari.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan UNICEF juga berusaha untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama dalam memastikan kesejahteraan komuniti, khususnya
golongan kanak-kanak, terus diperkasa di ibu kota. – WILAYAHKU