Selebriti

Video mesra Syafiq Kyle, Mimi Lana… “Dah get back ke”- Netizen

- Diterbit 21 November 2023 1:18 PM MYT

TULAR sebuah rakaman Syafiq dan Mimi sedang menikmati makanan Thailand di kedai AroiMakMak Ahanthai.

Dalam video dalam akuan TikTok AroiMakMak Ahanthai, Syafiq dan Mimi kelihatan sangat mesra  ketika diminta untuk membuat ‘review’ makanan yang dihidang.

Antara pilihan juadah yang menjadi pilihan adalah pulut mangga, somtam dan ikan bakar.

Video tersebut membuatkan ramai peminat teruja sekaligus mengesahkan video itu adalah terkini.

Mereka mengesahkan Mimi dan Syafiq memakai pakaian yang sama ketika menghadiri tayangan filem War On Terror KL Anarki, hasil lakonan Aedy Ashraf.

“Mimi Lana penyabar betul la. Relationship dorang banyak ada masalah datang daripada Syafiq Kyle, tapi dia masih setia. Harap jodoh dorang panjang,” kata @emmaakma

“Yeaayyy. Dah get back ke? Hopefully dah baik. Laju-laju stalk Instagram Mimi, and yes baju yang sama Mimi pakai Dan sama-sama baru balik tengok premier movie war of terror,” tulis @mommy.ean.

“OMG I nak nangis uolsss. Biasalah tu ups and downs. Kahwin cepatt,” komen @Najatul Bokery.

“Video ni baru punya. Depa okey. Doakan yang baik-baik,” tulis @effy.

Terdahulu, pengurus Mimi Lana yang dikenali sebagai Iman Tang menerusi satu mesej pesanan ringkas memaklumkan pasangan itu membatalkan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.

Walaubagaimanapun, tiada pengesahan daripada mereka berdua tentang punca majlis perkahwinan mereka dibatalkan.

https://vt.tiktok.com/ZSNmHpDQk/

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas