Berita

Video mesra bersama media tular, warganet puji sikap PM yang humble

- Diterbit 10 Oktober 2021 2:44 PM MYT

WALAUPUN sentiasa sibuk dengan tugasan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikenali dengan sikap ramah dan sering mencuri masa untuk bertemu dengan rakyat dalam keadaan spontan.

Tidak mengenal golongan, Perdana Menteri ke-9 itu juga dilihat mesra rakyat apabila keberadaannya di beberapa lokasi sebelum ini di luar protokol kebiasaan.

Ini menyebabkan kepimpinan Perdana Menteri terus diperkatakan dalam kalangan warganet.

Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan disifatkan menjadi kerana bukan saja dianggap satu kempen, malah dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian masyarakat.

Terbaharu, Ismail sempat membuat ‘kunjungan’ mengejut kepada beberapa media yang sedang sibuk menyiapkan berita selepas Sidang Media Khas berhubung kebenaran rentas negeri, yang diadakan pada petang, hari ini.

Menerusi rakaman video berdurasi lebih 1 minit itu, dapat dilihat Ismail menyapa petugas media apa yang sedang mereka lakukan.

Video itu juga turut dimuat naik beberapa petugas media sehingga menjadi tular di laman sosial seperti TikTok dan Instagram.

Tidak dinafikan, Ismail sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri juga memang dikenali sebagai pemimpin yang mesra media. Jadi, tidak mustahil dia juga sangat disenangi oleh petugas media yang hadir membuat liputan. – WILAYAHKU

https://www.instagram.com/tv/CU2iHe6jTBV/?utm_medium=copy_link

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas