PENCERAMAH popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dilaporkan baru sahaja menimang cahaya mata ke-12 akhir bulan lalu Terengganu.
Berita kelahiran bayi lelaki itu dikongsi oleh SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu menerusi akaun Facebook rasmi mereka beberapa hari lalu dan posting tersebut mula menjadi tular sejak Ahad lalu.
“Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus dan puan Izyan di atas kelahiran anak.
“Semoga Allah memberkati anak ini untukmu dan menjadikanya orang berbakti dan bertakwa, terima kasih memilih kami Ustaz Azhar Idrus,” tulis perkongsian tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada penceramah selebriti itu.
“Tahniahlah Big Bohh! Semoga Allah pelihara Big Bohh sekeluarga dan diberikan Afiat yang berkekalan hingga ke Jannah…Amiin,” kata Jonn Bonn Rahmm.
“Alhamdulillah,tahniah ustaz Azhar dan isteri dengan kehadiran Beby baru,” tulis Wawa Balqish. – WILAYAHKU