PENGHIDAP penyakit kronik usah cepat berputus asa jika rawatan yang dijalani tidak membuahkan hasil.
Sebenarnya pelbagai alternatif lain yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kronik antaranya adalah kunyit hitam tulen.
Jenama Naturmeric memperkenalkan produk yang berasaskan kunyit hitam tulen (curcuma caesia atau “black turmeric”), dalam usaha membantu isu kesihatan kronik yang berkaitan dengan keradangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Naturmeric, Shah Hafiz Borhannudin, berkata Naturmeric dihasilkan menerusi penyelidikan saintifik dan perubatan moden bagi memastikan keberkesanan serta keselamatan produk.
“Mengikut statistik, sehingga 70 peratus daripada masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes, gout, arthritis, masalah respiratori seperti asma dan resdung berpunca daripada kaitan langsung dengan keradangan dalam badan.
“Naturmeric ini bukan sekadar suplemen biasa di pasaran, malah ia telah disahkan menggunakan kunyit hitam tulen oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan produk makanan ini turut menjalani ujian keselamatan di makmal diiktiraf,” katanya.


Shah Hafiz berkata, syarikat juga sedang meneroka lebih banyak kajian usahasama bersama Naturmeds UPM bagi memperluaskan manfaat kunyit hitam kepada pengguna.
“Ini kerana, dalam pasaran suplemen tempatan, terdapat banyak produk yang mendakwa mengandungi kunyit hitam, tetapi sebenarnya menggunakan halia hitam atau campuran bahan lain.
“Tetapi dengan Naturmeric yang bakal dihasilkan ini, kami menjamin ketulenan 100 peratus bahan asas dari kunyit hitam tulen (curcuma caesia), tanpa sebarang bahan tiruan atau campuran lain,” katanya.
Menurut Shah Hafiz lagi, sebagai bahan semula jadi, kunyit hitam terkenal sebagai agen anti-radang dan mempunyai manfaat termasuk kaya dengan curcumin dan antioksidan berpotensi membantu mengurangkan keradangan dan melawan radikal bebas, ia juga menyokong kesihatan jantung, respiratori dan sendi, sesuai untuk pesakit arthritis, gout, masalah pernafasan serta masalah peredaran darah.
“Selain itu, kunyit hitam juga membantu menguatkan sistem imun dan meningkatkan daya tahan badan terhadap jangkitan serta ia boleh menambahkan tenaga bagi menyokong gaya hidup aktif,” katanya

Dalam pada itu, Shah Hafiz juga mengakui bukan satu perkara mudah untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan mempunyai manfaat besar kepada masyarakat.
Ini kerana setiap produk yang dihasilkan perlu diambil kira dari segi aspek keselamatan dan ketulenan agar tiada isu yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.
Bukan itu sahaja, malah cabaran lain yang turut dihadapi termasuklah mendapatkan bekalan kunyit hitam kerana herba ini berasal dari Madhya Pradesh, India dan ia sukar diperoleh.
“Sebagai langkah strategik, syarikat kini mengusahakan ladang penanaman kunyit hitam seluas 40 hektar di Johor Bahru.
“Dengan ini, kami dapat memastikan bekalan herba ini sentiasa mencukupi tanpa perlu bergantung kepada bekalan import,” ujarnya .
Shah Hafiz mengakui bahawa membina kepercayaan dalam industri kesihatan adalah satu cabaran besar, memandangkan Naturmeric masih baharu di pasaran tetapi pihaknya yakin produk yang berkualiti pasti akan mendapat tempat di hati pengguna.
Sementara menunggu kajian untuk produk kapsul Naturmeric selesai, syarikat ini merancang untuk melancarkan makanan berfungsi berasaskan Kunyit Hitam, yang digabungkan dengan bahan semula jadi lain seperti habbatus sauda dan madu.
“Produk Naturmeric yang sedang kami bangunkan telah disahkan 100 peratus mengandungi kunyit hitam tulen oleh UPM. Kami berharap kajian ini berjalan lancar supaya kami dapat membantu lebih ramai orang meningkatkan kesihatan secara semula jadi,” ujarnya. – WILAYAHKU