Selebriti

Uqasha Senrose hamil

- Diterbit 14 Januari 2024 8:06 PM MYT

PELAKON popular Uqasha Senrose akhirnya mendedahkan kini dirinya sedang hamil setelah lama menanti.

Berita gembira ini dikongsi Uqasha menerusi sebuah video di hantaran Instagramnya.

Video tersebut  memaparkan momen perkahwinannya bersama suami tercinta Kamal Adli dan diiringi kit ujian kehamilan yang mengesahkannya sedang mengandung.

“Syukur ya Allah. Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk saya.

Nervous dari nak jadi isteri and now nervous nak jadi ibu pula.

“Ramai tanya kenapa saya tak jawab sebab dah gugur, (kandungan sebelum ini), jadi saya takut dan biarlah saya sendiri yang cakap,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama, Uqasha  turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan buat dirinya.

“Doakan yang baik-baik untuk saya dan baby. Aminm thank you so much kepada yang doakan.

“Jujur sedih bila orang cakap kenapa keluarga Senrose semua tak ada zuriat.

“Bila dapat tahu, Qasha bahagia sangat sebab aturan Allah tu. Dia maha mengetahui. Jodoh, ajal, maut dan rezeki semua dari DIA.

“Bila nak jadi ibu ni, baru tahu dan rasa yang comel ke, cantik ke, itu semua tak penting. Tapi yang paling penting kesihatan dan sempurna cukup sifat, itu je doa saya,” luahnya.

Awal tahun lalu, Uqasha pernah mendedahkan pernah mengalami dua kali keguguran pada 2022.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan selebriti mengucapkan tahniah dan mendoakan kesihatan Uqasha antaranya ialah Fazura, Zahirah Macwilson, Elizad, Mira Filzah, Marsha, Janna Nick, Daiyan Trisha, Nisha Dirr,  Nabila Huda, Alif Satar, Siti Saleha dan ramai lagi.

Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas