Berita

Umat islam rai Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun

HARI Raya Aidilfitri bagi seluruh Malaysia jatuh pada 29 Jun (Khamis).
- Diterbit 18 Jun 2023 1:50 PM MYT

HARI Raya Aidiladha akan disambut oleh seluruh umat islam di Malaysia pada 29 Jun ini.

Pengemumuman tarikh berkenaan disampaikan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) , malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi,” menurutnya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas