Berita

UiTM kekal syarat kemasukan Sarjana Kardiotraksik

- Diterbit 27 November 2024 11:22 AM MYT

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) mengekalkan syarat sedia ada dalam menawarkan Program Sarjana Kardiotorasik, kata Kementerian Pendidikan Tinggi.

KPT berkata UiTM telah menerima Perakuan Akreditasi Sementara bagi program Sarjana Sains Surgeri (Kardiotorasik) dan Kedoktoran Surgeri Kardiotorasik pada 13 Ogos 2020 oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA).

“Dengan adanya kelulusan ini, UiTM diiktiraf sebagai pusat pendidikan tinggi untuk latihan kepakaran kardiotorasik,” katanya KPT.

Tambahnya, pengambilan pelajar kohort pertama bagi program Sarjana telah bermula pada 1 Disember 2020.

“Pengambilan pelajar kohort pertama bagi program Kedoktoran telah bermula pada 1 Disember 2022,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas