Berita

UAE, AS, Israel bersama bangunkan strategi tenaga

(COMBO) This combination of pictures created on August 13, 2020 shows
- Diterbit 2 Oktober 2020 3:11 AM MYT

EMIRIAH Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat dan Israel bersepakat untuk membangunkan strategi bersama dalam perkongsian tenaga, lapor agensi berita Xinhua, memetik agensi berita rasmi WAM.

“UAE, AS dan Israel sepakat untuk meningkatkan kerjasama lebih luas dalam sektor tenaga, termasuk tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, minyak, sumber gas asli dan teknologi penyahgaraman,” menurut kenyataan dikeluarkan menteri tenaga ketiga-tiga negara.

Menurut kenyataan bersama itu kerjasama tenaga boleh menjadi langkah ke arah Timur Tengah yang lebih “stabil, bersepadu dan makmur”.

Ketiga-tiga negara juga akan berusaha mencari jalan untuk mengatasi cabaran tenaga yang dihadapi rakyat Palestin melalui pengembangan sumber, teknologi dan infrastruktur berkaitan.

Pada 15 September, UAE dan Israel menandatangani perjanjian memulihkan hubungan diplomatik di Rumah Putih, menjadikan UAE negara Arab ketiga mengambil langkah itu selepas Mesir dan Jordan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas