Biz

Turut terkesan dengan COVID-19, ini rahsia Jessica Bridal bertahan

Beauty.|JESSICA Bridal & Catering beroperasi di aras 2
- Diterbit 21 Februari 2022 2:08 AM MYT

SEMUA orang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara malah dunia sejak dua tahun lalu.

Di kala banyak butik pengantin atau pakaian ‘gulung tikar’, Jessica Bridal & Catering, Kajang, Selangor masih mampu bertahan walaupun dugaan pandemik amat membimbangkan.

Menurut pengusaha butik yang juga pemilik Jessica Bridal iaitu Jessica, dia percaya setiap dugaan yang Allah buat hambaNya, pasti tersembunyi hikmah di sebalik apa ya berlaku.

“Tipulah kalau saya cakap tak terkesan. Rasanya semua perniagaan besar atau kecil mengalami masalah apabila negara diserang COVID-19.

“Apa boleh buat, kehidupan perlu diteruskan. Sampai bila kita nak bersedih dan menangis apa yang berlaku. Kena move on, barulah ada semangat baru.

“Saya tahu ia tak mudah bagai dikata, tapi ia juga bukanlah mustahil kerana Allah menguji hambaNya bersesuaian dengan apa yang mampu dihadapinya.

“Saya sendiri melatih diri untuk terus bersabar dan sentiasa berdoa agar hati ini terus cekal. Mahu atau tidak, kesabaran adalah perkara utama yang perlu ada.

“Apabila ada rasa sabar, perlahan-lahan kita akan kembali bangkit. Biarlah terpaksa bermula dari bawah semula asalkan kita tidak mengalah untuk terus berniaga,” katanya.

JESSICA (kiri) bersama artis popular Baby Shima (tengah) dan stafnya, Beauty. Baby Shima pernah bekerjasama dengan Jessica Bridal dalam sebuah penggambaran.

Menurut Jessica, selain bersabar, menjaga hubungan dengan pelanggan juga sangat penting.

“Tidak dinafikan, bermacam-macam ragam dan perangai pelanggan. Apatah lagi di kala pandemik ini, ramai nak murah tetapi mahukan yang berkualiti.

“Saya faham dan tidak pernah salahkan pelanggan kerana mereka always right. Namun, pasti ada cara atau titik tengah bagaimana mahu tampilkan yang terbaik mengikut kemampuan mereka.

“Alhamdulillah, ramai pelanggan terutamanya pasangan yang bakal bernikah tetap menggunakan khidmat Jessica Bridal kerana saya sentiasa bertolak ansur dengan mereka.

“Mungkin ada yang fikir bertolak ansur akan menyebabkan kerugian. Jangan salah anggap. Fikirlah jangka masa panjang.

“Mungkin hari ini kita tidak untung banyak, tapi esok lusa insya Allah rezeki tidak putus,” jelasnya lagi.

JESSICA Bridal & Catering beroperasi di aras 2, Kompleks Hentian Kajang, Jalan Reko Kajang, Selangor.

Selain itu, Jessica Bridal juga turut mengikuti perkembangan fesyen terkini dan ini menyebabkan rekaannya sentiasa menjadi pilihan.

“Dunia fesyen sentiasa berubah-ubah. Sebagai pemilik butik, saya perlu peka dan up to date. Selera dulu dan sekarang berbeza.

“Dalam masa yang sama, saya bersyukur dikurniakan staf yang banyak menyokong jatuh bangun butik saya,” tambah Jessica lagi mengakhiri perbualan.

Jessica Bridal juga menawarkan khidmat mekap untuk pelbagai acara seperti perkahwinan, makan malam, penggambaran dan banyak lagi.

KERJASAMA Jessica Bridal bersama Kementerian Wilayah Persekutuan untuk kempen Usahawan Anak Muda Kota yang menampilkan Baby Shima.

Baru-baru ini Jessica Bridal juga turut bekerjasama dengan Wilayahku dan Putrajaya FM menerusi sitkom Kelas IT Kampung Ampas yang bakal disiarkan di RTM.

Sesiapa yang mahu menempah pakaian pengantin dan raya, boleh membuat tempahan menerusi instagram @jessica_bridal_kajang atau hubungi di talian 0 17-276 4539.

Anda juga boleh berkunjung terus ke Jessica Bridal & Catering di aras dua, Kompleks Hentian Kajang, Jalan Reko, Kajang, Selangor. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas