SUDAH menjadi rezeki Dolla apabila dilantik sebagai duta minuman sedia minum berasaskan teh untuk jenama popular Yeo’s atau nama penuhnya Yeo Hiap Seng.
Teh Yeo’s sentiasa menawarkan pilihan yang lebih sihat dan segar untuk rakyat Malaysia. Manakala Dolla, kumpulan sensasi yang sinonim dengan gaya bertenaga dan kreativiti yang unik, mencerminkan semangat generasi muda masa kini.
Gabungan ini menguatkan komitmen Yeo’s bukan sahaja untuk menawarkan minuman terbaik, tetapi juga untuk memberikan pengalaman yang memberi inspirasi dan mencetuskan kegembiraan.
Ini kerana Yeo’s adalah jenama yang turut meraikan keunikan, kreativiti, dan semangat membara, merangkumi ‘vibe’ atau aura kehidupan jiwa muda.
Pengurus Besar Yeo’s Malaysia, Lee Hon Seng berkata, jenama ini boleh memberi inspirasi kepada generasi muda terutamanya apabila bekerjasama dengan Dolla.
“Kami di Yeo’s sentiasa komited untuk menyediakan pilihan minuman yang lebih sihat dan menyegarkan kepada rakyat Malaysia.
“Rangkaian teh kami yang unik melengkapkan usaha ini. Melalui kerjasama bersama Dolla dalam kempen Yeo’s Totally Vibing, kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meraikan kreativiti, keunikan, dan gaya hidup dengan semangat bertenaga,” katanya di majlis Pelancaran produk terbaharu minuman Yeos di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM).
Jenama warisan lebih dari 60 tahun Yeo’s kini lebih dinamik dengan rangkaian Teh Yeo’s seperti Yeo’s Teh Lemon, Yeo’s Teh Hijau Jasmine, Yeo’s Teh Hijau Pucuk Awal, dan yang terbaharu, Yeo’s Teh Buah Markisah melalui Kempen ‘Yeo’s Totally Vibing.
Pengarah Pemasaran Yeo’s Malaysia, Renda Low juga akui kerjasama dengan Dolla memberi satu kelainan buat mereka.
“Dengan adanya DOLLA sebagai duta kami, kami sangat teruja untuk membawa Teh Yeo’s ke tahap lebih tinggi.
“Kami percaya dengan kualiti produk yang bagus ditambah dengan wajah pek lebih segar dan kepelbagaian pilihan perisa dan teh. Bersama Dolla, kami ingin menyampaikan ‘vibes’ atau aura dalam setiap tegukan Teh Yeo’s. Tiada yang mengabungkan semua elemen ini seperti Yeo’s, ” katanya.
Apa yang istimewa dalam pelancaran Kempen Yeo’s, Totally Vibing ini, Yeo’s dan Dolla membawa rakan media dan peminat menaiki tren khas oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menikmati rangkaian Teh Yeo’s sambil menyaksikan persembahan terbaik dari Dolla memberikan pengalaman yang segar dan unik.
Pada awalnya, lagu bertajuk ‘Yeo’s Totally Vibing’ dengan muzik video telah dilancarkan di semua laman rasmi media sosial Yeo’s Malaysia.
Lagu ini menyerlahkan gabungan Yeo’s dan juga Dolla dengan sangat sempurna. Kempen ini juga bakal memeriahkan Ramadan dan Raya dengan pelbagai konten dan aktiviti oleh Yeo’s dan Dolla.
Dalam pada itu, para peminat berpeluang sekali lagi bertemu Dolla pada Kempen Raya oleh Yeo’s nanti. Sepanjang kempen ini juga, peminat boleh mendapatkan edisi terhad gelas Yeo’s dengan pembelian RM10 di pasaraya terpilih.
Pengarah Inovasi Perniagaan, Universal Music Group (M), Brandon Chan, kerjasama ini mengabungkan kreativiti dan tersendiri apabila menampilkan bakat Dolla yang unik dan matlamat Yeo’s lantas mencipta hasil yang hebat.
Menyentuh tentang kerjaya nyanyian, Dolla merancang untuk mengadakan konsert kedua mereka selepas konsert pertama, Re:Birth The Experience di ibu negara mendapat sambutan hangat.
Kata Sabronzo, konsert tersebut akan dianjurkan di luar negara iaitu di Singapura pada tahun ini.
“Sebelum ini kami dah buat konsert di KL dan sambutannya sangat hebat daripada peminat kami. Pada masa yang sama, kami sedar yang Dolla juga ada ramai peminat di Singapura.
“Jadi buat sesiapa yang tidak dapat hadir ke konsert Dolla sebelum ini di KL, kami berharap akan mengadakan konsert di Singapura kali ini,” katanya. – WILAYAHKU