Berita

Ahmad Zahid beri jaminan bantu mangsa ribut di Sekijang – Dr Zaliha

MANGSA ribut di Parlimen Sekijang dua hari lalu akan mendapat bantuan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa. Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KKDW serta turut bertanggungjawab terhadap NADMA memberikan jaminan

Berita

Jangan sibuk berpolitik, tumpu bantu rakyat – Zahid

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan kepada semua parti politik supaya lebih menumpukan untuk membantu rakyat pada masa ini dan tidak sibuk berpolitik. Beliau yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyerahkan kepada AMANAH untuk memutuskan sasaran parti itu diperingkat negeri untuk bertanding 20 kerusi DUN Johor.

Berita

Kenyataan Zahid bukti kesatuan dalam Kerajaan Perpaduan – Fahmi

KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mengingatkan pimpinan UMNO supaya tidak ‘mengusik’ rakan-rakan parti komponen membuktikan semangat perpaduan dalam kerajaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata bahawa kenyataan tersebut mencerminkan kesatuan hati dalam kalangan pimpinan kerajaan serta matlamat bersama

Berita

Jangan usik, hormati rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan – Zahid

PRESIDEN UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa pemimpin di dalam partinya tidak mengusik rakan-rakan komponen di dalam parti-parti Kerajaan Perpaduan. Beliau juga berkata Pakatan Harapan (PH) tidak perlu meminta maaf kepada UMNO berikutan menganggap gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan

Berita

Pelan strategik Putrajaya Sihat Sejahtera lahir pekerja produktif

MESYUARAT Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bilangan 2/2024 pada Selasa meluluskan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai satu daripada inisiatif di bawah ANMS. Pelan itu bertujuan menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang mempunyai status kesihatan baik supaya mereka dapat berfungsi secara produktif bagi membangunkan negara

Berita

KKDW jalin kerjasama bangun stesen minyak

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjalin tiga usahasama strategik bersama Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) untuk membangunkan stesen minyak bagi pengedaran bahan api bersubsidi, pemasangan Panel Solar PV (Fotovoltaik) dan Penempatan Produk Industri Kecil Sederhana (IKS) di BHPetromart. Memorandum Persefahaman (MoU) ini dimeterai antara BHPetrol dan lapan agensi