Berita

Usah buat spekulasi status kesihatan Mutang Tagal

SEMUA pihak diharap tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung status kesihatan Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Pejabat Yang Di-Pertua (YDP) Dewan Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebarang maklumat berhubung status kesihatan Mutang akan dimaklumkan oleh pihaknya mengikut keadaan semasa.

Berita

PM ucap tahniah pelantikan Mutang Tagal sebagai Yang Dipertua Dewan Negara baharu

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Mutang Tagal yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20, hari ini. Menerusi perkongsian di Facebook beliau, Anwar berharap bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Menurut Anwar, pelantikan Mutang yang

Berita

Mutang Tagal tekad teruskan agenda transformasi Parlimen

DATUK Mutang Tagal yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu hari ini, bertekad untuk meneruskan agenda transformasi Parlimen yang dirancang kerajaan. Mutang berkata pengalaman dan pengetahuannya sebagai pengamal undang-undang akan digunakan sepenuhnya bagi memperkasakan serta memartabatkan kedudukan Dewan Negara dan Parlimen sebagai badan legislatif di negara ini

Berita

Mutang Tagal dilantik Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20

BEKAS Ahli Parlimen Bukit Mas Datuk Mutang Tagal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 hari ini. Pelantikan itu sekali gus menjadikan Mutang yang berasal dari Lawas, Sarawak, mencipta sejarah tersendiri, menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara. Mutang menggantikan Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku