
Tuduhan RUU Mufti Wilayah Persekutuan bersifat autoritarianisme adalah tidak berasas
TUDUHAN sesetengah pihak mengatakan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan bersifat autoritarianisme adalah satu tuduhan yang tidak berasas kerana ia bukannya memberikan kekuasaan mutlak kepada mufti. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Mohamad Azam Mohamed Adil berkata, undang-undang itu mengatur mekanisme semak dan imbang yang melibatkan pelbagai