
Berita
Malaysia kutuk serangan udara Israel, korbankan pekerja bantuan WCK
MALAYSIA mengutuk serangan udara oleh Israel yang menyebabkan kematian tujuh pekerja bantuan dari badan amal World Central Kitchen (WCK) di Gaza. “Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, serta pemimpin Kerajaan Negara-negara yang berduka atas kehilangan warganegaranya dalam serangan yang tidak berperikemanusiaan ini,” kata Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Rabu.