
Kerajaan timbang kemungkinan wujud Majlis Penghukuman – Wan Junaidi
KERAJAAN sedang menimbang kemungkinan mewujudkan Majlis Penghukuman, yakni sebuah badan khas yang disasar bagi memupuk ketelusan dan konsistensi yang lebih baik dalam menjatuhkan hukuman, sebagai salah satu cara mereformasi sistem keadilan jenayah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata majlis itu akan